Thursday, November 20, 2014

Tip Marketing - Minimum 10 produk anda akan terjual dengan mudah.

Jika anda guna taktik ini.



Apakah cara berkesan supaya pelanggan membuat keputusan untuk membeli produk kita dengan cepat?

Salah seorang Internet marketer yang terkenal iaitu Frank Kern berkongsi teknik yang nampak tidak terlalu memaksa.

Beliau gelarkan ini sebagai "fast action bonuses."

===============================
Bagaimana taktik Fast Action Bonuses?
===============================

Secara ringkasnya, ini yang berlaku:

1) Pelanggan yang beli cepat, mereka akan dapat bonus tertentu.

2) Bonus ini akan dibuang secara berperingkat mengikut kuota atau jangka masa yang kita tetapkan. Sebagai contoh?

============
Contoh amalan.
============

10 Individu yang lakukan tempahan tudung XYZ, anda juga akan terima bonus ABC bernilai RM37.

Selepas 10 pembelian berlaku, tarik keluar bonus ini.

===================================================
Taktik ini jauh lebih baik berbanding membuatkan pelanggan takut.
===================================================

Frank Kern mencadangkan supaya menggunakan kuota pembelian sebagai indikator.

Ini bagi memudahkan kita untuk mencapai kuota pembelian minimum untuk pemberian bonus.

Teknik ini lebih cool dan segak berbanding scarcity.

Kita tidak mahu terlalu menakutkan orang ramai dengan tawaran harga terhad.

Sebaliknya, kita mahu pelanggan membeli kerana melihat nilai tambah yang kita berikan apabila mereka bertindak cepat.

========================================
Cara buat pelanggan TIDAK KISAH dengan harga?
========================================

Bagaimana buat pelanggan tidak endahkan tentang harga produk?

Walaupun produk atau servis kita harganya RM1,000+ ke atas?

Belajar teknik psikologi marketing yang diguna pakai lebih 10 tahun.

Terbukti dan digunakan oleh syarikat besar sehingga hari ini.

Sumber : Aqif Azizan




No comments: