Monday, December 29, 2014

Tip Marketing - Cerita penjual aiskrim RM18k kurang 24 jam


Bagaimana penjual aiskrim menghasilkan jualan $6,000 dalam masa 24 jam.

3 Langkah praktikal ini boleh ditiru oleh semua pemilik bisnes online.

Cerita ini dikongsikan oleh salah seorang lagenda marketer yang terkenal.

Beliau adalah Frank Kern.

Kisah ini sangat menarik dan mempunyai tauladan dari aspek marketing untuk pemilik bisnes.

Walaupun cerita ini berdasarkan industri aiskrim, namun strategi ini tetap relevan dalam kebanyakan industri bisnes yang lain.


===
Kisah panas terik, pelancong dan aiskrim.
===

Di Amalfi (Itali), cuacanya panas terik.

Bagi penduduk di sana, itu adalah perkara biasa.

Namun bagi pelancong, ia bukan satu perkara yang dilalui setiap hari.

Seorang pemilik bisnes aiskrim Gelato mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan strategi pemasaran gerila, kepada para pelancong.

===
3 Langkah strategi marketing gerila $6,000 sehari.
===

Berikut adalah langkah demi langkah yang beliau lakukan:

1) Menyediakan tentera untuk melaksanakan serangan gerila.

Mengarahkan para pekerja untuk berjalan-jalan di kawasan kedainya, sambil memberi sampel kecil aiskrim.

2) Pemimpin bisnes turut memainkan peranan mempromosikan bisnes.

Beliau tidak berdiam diri.

Pengusaha itu sendiri memainkan peranan untuk dapatkan perhatian orang lain, dengan melambai-lambai kepada orang yang lalu lalang di sekitar kawasan kedainya sambil tersenyum.

3) Skrip jualan yang menyebabkan pelanggan teruja membeli.

Apabila pelancong terima aiskrim saiz kecil itu, para pekerjanya menggunakan skrip ini untuk mempengaruhi mereka pergi membeli ke kedai Gelato:

"Aiskrim ini khas untuk anda.

Ia daripada Gelato. Kedai kami cuma di sana.

Hari ini sangat panas dan kami harap pemberian aiskrim percuma ini dapat membantu menghilangkan rasa panas terik anda."

===
75% yang ambil sampel percuma, bertukar menjadi pelanggan.
===

Frank Kern menjelaskan,

"75% individu yang makan sampel aiskrim kecil itu akan segera pergi ke kedai dan membeli aiskrim di kedai Gelato."

(Matematik mudah: Jika 100 orang ambil sampel aiskrim, 75 orang bertukar jadi pembeli)

Tambahnya lagi,

"Bukan itu sahaja. Mereka turut beli minuman.

Maka bertambah-tambah duit poket bisnes Gelato itu."

Dianggarkan bisnes itu menghasilkan jualan sekitar $6,000 sehari.

$6,000 sehari jika didarabkan dengan 365 hari berturut-turut (jika ada pelancong setiap hari), ia bersamaan dengan:

"$2,190,000 jualan setahun."

===
Jangan takut bagi sampel percuma (Jika anda sudah sediakan skrip jualan seterusnya).
===

Jika produk kita betul-betul boleh selesaikan masalah orang yang sedang terdesak.

(Dalam kes ini: Pelancong yang agak terseksa dengan cuaca panas terik), jangan takut untuk berikan produk kita percuma.

Percuma dalam keadaan yang terancang.

Pelanggan seperti ini sudah bersedia mahu bagi duit.

Bezanya adalah mereka mahu "rasa sedikit" sebelum membuat keputusan pembelian.

Rujuk kembali skrip ini selepas berikan sampel percuma:

"Aiskrim ini khas untuk anda. Ia daripada Gelato. Kedai kami cuma di sana. Hari ini sangat panas dan kami harap pemberian aiskrim percuma ini dapat membantu menghilangkan rasa panas terik anda."

Isi tempat kosong,

" (Produk anda) ini khas untuk anda.

Ia daripada(Jenama bisnes anda).

Sekarang ini (Jelaskan masalah) memang banyak berlaku.

Kami harap pemberian (produk anda) percuma ini dapat bantu anda dengan segera.

Jika mahu lakukan pembelian (Produk anda), hubungi kami di (Nombor anda).



Aqif Azizan

No comments: