Tuesday, August 14, 2012

perniagan "Car Wash" Sendiri.(Fasa 1)

Hanya ingin berkongsi idea dan info,Apa yang saya dapat tahu atau munkin saya silap, di negara kita belum ada persatuan yang boleh membantu pengusaha-pengusaha pencuci kereta.

berharap dengan adanye persatuan ini, pengusaha-pengusaha boleh berkonsi pengalaman,bercerita masalah dan mendapatkan bantuan. Selain itu dapat mencari pembekal barang cucian dengan harga yang berpatutan.

Berbalik kepada perniagaan cuci kereta, dulu cuci kereta dianggap pekerjaan yang kurang menguntungkan dan kelihatan kotor, tetapi dengan negara yang membangun seperti sekarang perniagaan ini makin bertambah bilangan pengusaha. Ini kerana mereka boleh mendapat keuntungan beribu ringgit.

Saya lebih mengkaji kepada perusahaan cuci kereta secara "manual" berbanding auto. Ini kerana modal permulaan untuk perusaan secara auto terlalu tinggi.Saya sebagai pelanggan pun kurang berpuas hati dengan cara auto nie,sebab sudah ada pengalaman selepas mencuci kereta secara auto. Hasilnye, kereta saya ada calar-calar halus.



untuk memulakan perniagaan ini yang paling penting tentulah duit. Tiada duit macam mana kita hendak mulakan perniagaan.Betul tak.Setelah beberapa lama saya kaji, modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan adalah sekitar RM1000 - RM3000. Itupun bergantung kepada barang apa yang kita beli.

Apa yang saya selalu perhatikan majoriti pekerja yang terlibat dengan perniagaan ini masih dimonopoli oleh golongan lelaki. Jika perempuan yang melakukan kerja, boleh jadi tidak sahaja kita mencuci kereta tetapi juga mencuci mata.hehe (p/s melihat aurat wanita adalah berdosa tau..:)

Setelah ada modal, kita kena ada tapak yang sesuai (kalau boleh tepi jalan raya - saya sebagai pelanggan tidak suka kalau terpaksa masuk jauh kedalam semata-mata untuk cuci kereta).Kawasan tapak perniagaan tidaklah memerlukan kawasan yang luas untuk memulakan perniagaan.Sekadar muat 4 parking kereta sudah cukup.

Lagi satu info yang dapat saya tahu,elakkan dari menyewa tapak di pasaraya-pasaraya tidak kiralah kecil atau besar. Kerana mereka akan menaikan sewa setiap tahun.Itupun kalau kita hendak mengusahankan juga, kita bolehlah mengikat kontrak dengan pihak pasaraya.

ok, selepas kita tahu pasal modal dan tapak, kita perlu kenal dan tahu menggunakan peralatan-peralatan car wash. Mencuci secara manual beerti kita mencuci menggunakan tangan dan menggunakan peralatan seperti paip,air dan sabun. Tetapi sebagai pelanggan, kita mesti tidak mahu menunggu lama untuk melihat pekerja mencuci kereta. Oleh itu, untuk menjimatkan masa pelanggan, kita perlu menggunakan peralatan moden. Dengan adanye peralatan mencuci yang moden, masa mencuci dapat dikurangkan disamping dapat menjimatkan tenaga pekerja.

Peralatan-peralatan Carwash:-




No comments: