Monday, July 14, 2014

Pengalamanku sebagai jurugambar perkahwinan.

Bukan nak menunjuk tetapi sekadar kongsi pengalaman. Pengalaman pertama menjadi photographer perkahwinan memang agak menakutkan dan meletihkan otak dan badan.

Lagi-lagi ianya melibatkan majlis orang yang langsung tidak kita kenal siapa sedara mereka dan orang yang hadir ke majlis tersebut.

Darah gemuruh memangla memuncak waktu itu, dan makan pun sekadar ala kadar walaupun dihidangkan makanan yang sedap dan lazat.

Manakan tidak, sebelum ambil gambar pengantin,sudah macam nak ambil exam.. aku study la mcm2 buku photography.

malam sebelum majlis, aku dah study sikit sebanyak gaya(pose) yang perlu pengantin gayakan.

Sehinggalah pada waktu majlis,dalam kepala terfikir pelbagai pose yang nak diambil.

Tetapi sifu aku (seorang cikgu berkaliber disekolah) ada pesan jangan terlalu gairah ambil gambar cantik dari sudut susah dan pelik,

karang nanti terlupa pose biasa langsung xde gambar yang best.

Lagi plak aku pergi sorang2 (lone ranger).Kat sana nanti aku perlu fokus dan tidak kelam kabut.

Tetapi ... sebelum aku pergi shooting sorang2, aku ikut la sifu aku nie fotoshoot kt majlis tempat lain dlu,baru la memberanikan diri buat kerja sorang2.

Tak berani beb!!, lau tibe2 kena shooting kt majlis orang.Dah la majlis orang.pengantin plak dah dianggap macam raja oleh tetamu.

kita nie plak sebagai photographer suka2 dan senang2 je redah suruh pengantin buat gaya mcm2..silap gaya nampak mcm kurang ajar plak.

That why, reason kita perlu ada mentor, xboleh sebarang redah dalam bidang nie.lama2, bila dah ikut sifu aku ini, barula aku dapat belajar sikit selok belok bidang fotografi ini.

Lagi apa yang sifu aku nie ajar ialah cuba fokus kepada gambar2 selamat dulu iaitu gambar biasa2 atau simple sahaja tetapi berkualiti tinggi.

kemudian baru lah ke gambar yang pelik2 contohnya gambar kasut ke,gambar kerusi ke atau dari sudut yg pelik2..nanti bila dah gambar pelik2 diambil tak menjadi,sekurang2 nya dah ada gambar selamat.

Bermula dari suka-suka atau hobi menangkap gambar sehinggalah terfikir untuk berubah.

Persoalan bermain diminda.fuh...kenapala tidak aku jadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan?. (Persoalan ini sudah separuh tercapai setelah aku ikut sifu aku nie.he)

Dengan itu aku tubuhkan 10light photography.

Mungkin ramai yang tanya kenapa 10light?biar aku jawab disini juga.hehe.

Sebabnya simple sahaja,mak aku dah lahirkan 10 orang anak. Dan anak2 inilah yang memberi cahaya kepada ibu dan bapaku sedikit sebanyak.he..maka wujudlah 10light photography yang diasaskan oleh aku sendiri dan dibantu oleh isteri & adik2ku yang lain.

Kalau nak diikutkan, semasa sekolah lagi aku suka ambil gambar sampai la ke universiti..asyik pegang kamera je..xpun video recoder..itula bermula detik2 aku sebagai photographer.

Hopefully kerjaya ini dapat diteruskan oleh anak2ku nanti..amin

THE END.

Cara paling cepat tingkatkan perniagaan anda.

1001 koleksi Cara paling cepat tingkatkan jualan dan mempromosikan produk anda secara online.

1) bina fan di fb. - fan2 (pengipas2) yang sudah ada di fb, mudah terpengaruh untuk membeli produk anda berbanding bukan fan.ini kerana mereka lebih mengenali anda..

dan lebih bagus dimana setiap kali post pada wall,fan2 andalah orang yang pertama akan lihat post anda..jadi banyakkan atau tambah peminat untuk page anda.lagi banyak fan anda,lagi banyak kadar post anda akan sampai kepada mereka.

2) Tidak syok sendiri - kebanyakkan jurujual fb ini banyak syok sendiri..lebih2 lagi ketika menjual tanpa pelajari selok belok perniagaan fb.

Bila dah syok sendiri mula la post dengan ayat ntah apa2.Sepatutnya perlu buat kajian dulu..

contohnya jika jual produk untuk orang gemuk,xperlu sasar pada orang yang dah kurus..mula2 setkan fokus kepada siapa bakal pelanggan anda.

3) Mudahkan pelanggan untuk respon ketika hendak membeli. - Mengikut statistik, 90% dari prospek yang
memang dah BERNIAT nak beli.

.tetapi disebabkan prosedur/step yang terlalu banyak dan perlu diikut,pelanggan jadi malas nk membeli.lagi2 kita yang sememangnya pemalas.he

Jadi kurangkan step2 atau pelbagai langkah tuk pelanggan perlu buat ketika membeli barang/khidmat anda.

4) wujudkan blog - ramai penjual sekarang lebih memberi tumpuan pada 1 medium sahaja contohnya fb..sepatutnya ambil kesempatan ini dengan membina blog perniagaan anda sendiri.jangan hanya guna satu medium sahaja.peluang lebih luas jika anda banyak menggunakan medium yang lain..

Mungkin bagi anda akan ingat ianya agak rumit untuk menggunakan banyak medium serentak dimana perlu meng'update' status satu per satu dan ianya agak melecehkan..

bagi yang belum tahu..anda sebenarnya boleh menggunkan satu medium sahaja untuk linkkan pada medium yg lain.

Contohnya bila anda update di instagram..secara automatik di fb, di blog, di twitter dll akan di'update' juga.ini akan memudahkan urusan anda.

Untuk teknik ini saya akan ajar anda dimasa hadapan.