Saturday, October 25, 2014

cara mengira kapasiti powerbank anda.

Anda ada Power Bank? Tahukah anda bagaimana cara yang
paling tepat untuk mengira berapa kali power bank anda
boleh mengecas handphone @ smart phone @ gadget anda?
Artikel dibawah ditulis oleh Unit Teknikal VCharge Malaysia
khas buat anda. Dipersilakan berkongsi dengan sesiapa
sahaja yang ada Power Bank tak kira jenama apa sekalipun.
===========================
Kaedah Pengiraan Charging Smart Phone Dengan Power
Bank
===========================
STEP 1 : Kenal pasti kapasiti power bank kita.
Contoh VCharge 12000mAh dengan kapasiti 12000mAh
*Bateri power bank mempunyai 3.7V.
*Bacaan Power Bank kita yang sebenarnya adalah
12000mah 3.7V
STEP 2 : Kenal pasti kapasiti bateri handphone kita dan
bilangan Volt. Contoh Samsung SIII 2100mAh 5V.
*Cara untuk mengetahui bilangan mAh bateri smart phone
kita diantaranya anda boleh rujuk di Fan Page VCharge ini.
*Cara untuk mengetahui bilangan V bateri tersebut ialah
dengan melihat di belakang bateri tersebut ada tertulis
samada 3.7V atau 5V atau sebaliknya. Tetapi kebanyakkan
bateri smart phone adalah 5V.
STEP 3 : Dengan 2 maklumat yang kita ada buat kiraan
seperti berikut terlebih dahulu
A * B * C / D
A = Kapasiti Bateri Power Bank
B = Bilangan Volt Power Bank
C = Peratus proses penukaran tenaga. Diandaikan peratus
ini ialah 70% berdasarkan kajian. Peratus ini dikira
berdasarkan proses pemindahan tenaga dari Power Bank ke
Smart Phone dimana diandaikan juga sebanyak 30% tenaga
akan terbuang atau tidak produktif disebabkan perkara-
perkara seperti jenis plug atau jenis aksesori yang
digunakan dan juga disebabkan suhu panas atau haba.
D = Bilangan Volt bateri smart phone kita.
Kiraannya adalah 12000 * 3.7V * 70% * 5V = 6216mAh
STEP 4 = Dengan Total kiraan diatas iaitu 6216mAh,
bandingkan pula kapasiti bateri smart phone kita tadi
sebagai contoh Samsung S III dengan kapasiti 2100mAh.
Dengan Total 6216mAh dibahagi dengan kapasiti bateri S III
2100mAh, bilangan Power Bank VCharge 12000mAh dapat
mengecas S III adalah sebanyak bilangan hampir 3 kali.
6216 / 2100 = 2.96 kali
STEP TAMAT
Latihan pula kat bawah ni...
Saya bagi latihan.. cuba kira berapa kali handphone anda
boleh digunakan atau di charge dengan Power Bank VCharge
12000mAh. Andaikan Volt bateri smart phone anda adalah 5
Volt.
*Bagi bateri handphone yang bukan kategori smart phone,
Volt bateri anda ialah 3.7V.

No comments: