Wednesday, November 19, 2014

Tip Marketing - 30% Pelanggan Membeli Kerana Formula Marketing Ini.

Seth Godin yang dikenali sebagai
guru pemasaran menyatakan,

"Kemahiran marketing terletak pada kemahiran bercerita."


Dalam bahasa Mat Salleh, ia lebih sinonim dengan sebutan, "Storytelling." 




Kemahiran bercerita dengan baik dapat membantu pelanggan untuk:

1) Memahami fungsi produk kita.

2) Mempercayai kredibiliti bisnes kita.

3) Yakin untuk beli produk yang kita jual.

Laman web Quicksprout melakukan survey terhadap 119 pelanggannya.

Daripada 119 jumlah pelanggan, 37 daripadanya menyatakan bahawa mereka membeli kerana fungsi story telling.

Survey ini membawa maksud, lebih 30% pelanggan cenderung membeli sekiranya kita menggunakan kaedah pemasaran berasaskan story telling.

=============================
3 Formula Story Telling Yang Menjual.
=============================

Teknik story telling dalam pemasaran mempunyai pelbagai jenis mazhab.

Antara mazhab yang senang diikuti adalah berasaskan prinsip "6-Years-Old."

Jika kita boleh buatkan anak kecil berusia 6 tahun faham tentang fungsi
keseluruhan produk yang kita jual, maka ia dikira sebagai story telling yang sukses.

Ada 3 formulasi story telling berasaskan
prinsip "6-Years-Old."

==================
Formulasi #1 - Analogi.
==================

"Besar seperti ikan paus."

Analogi dapat mewujudkan bayangan.

Bayangan ini akan menguatkan lagi pemahaman seseorang.

=======================
Formulasi #2 - Darjat Bahasa.
=======================

"Jangan tulis glucosamine. Tulis suplemen pulihkan sakit lutut."

Bergantung pada sasaran pelanggan. Tidak semua pelanggan faham vokabulari saintifik,
dan vokabulari yang terlalu tinggi darjatnya.

=======================
Formulasi #3 - Mudah Hadam
=======================

"Tulis dengan bahasa penuh."

Jika menulis untuk story telling, maka tulis menggunakan bahasa penuh.

Kita mahu orang senang baca. Apabila pelanggan senang baca, maka mereka senang faham bagaimana produk yang kita jual dapat membantu mereka.

Sumber : Aqif Azizan

No comments: