Saturday, October 25, 2014

Tips Gadget - Maksud tersirat CLASS pada memori kad.

Ramai yang tidak mengetahui apa maksud sebenarnya "class" pada memory card.

Memory card memiliki beberapa class yang berbeza, bermula daripada class2,class4, class6, class8, dan class10. Sebenarnya maksud dari class – class tersebut adalah kepantasan dalam kerja copy data ke dalam memory card kita.

 Kita ambil contoh antara memory card class4 dan class 10.apabila kita nak copy file yang saiz datanya 20MB, maka kepantasan yang diperlukan untuk kedua-dua memory tersebut sangat jauh berbeza. Memory card class4 yang memiliki speed @ kelajuan copy data 4MB/sec iaitu maksunya dalam masa satu saat memory kad class 4 hanya mampu copy data sebesar 4MB sahaja berbanding class 10 iaitu 10MB/sec.

 maksud class pada memori kad :-

class2 = Write speed max diatas 2MB/sec
class4 = Write speed max diatas 4MB/sec
class6 = Write speed max diatas 6MB/sec
class8 = Write speed max diatas 8MB/sec
class10 = Write speed max diatas 10MB/sec

jadi saranan saya sebelum membeli memory kad periksa "class " memori kad terlebih dahulu atau beli yang paling terbaru iaitu class 10 untuk kepantasan data.

cara mengira kapasiti powerbank anda.

Anda ada Power Bank? Tahukah anda bagaimana cara yang
paling tepat untuk mengira berapa kali power bank anda
boleh mengecas handphone @ smart phone @ gadget anda?
Artikel dibawah ditulis oleh Unit Teknikal VCharge Malaysia
khas buat anda. Dipersilakan berkongsi dengan sesiapa
sahaja yang ada Power Bank tak kira jenama apa sekalipun.
===========================
Kaedah Pengiraan Charging Smart Phone Dengan Power
Bank
===========================
STEP 1 : Kenal pasti kapasiti power bank kita.
Contoh VCharge 12000mAh dengan kapasiti 12000mAh
*Bateri power bank mempunyai 3.7V.
*Bacaan Power Bank kita yang sebenarnya adalah
12000mah 3.7V
STEP 2 : Kenal pasti kapasiti bateri handphone kita dan
bilangan Volt. Contoh Samsung SIII 2100mAh 5V.
*Cara untuk mengetahui bilangan mAh bateri smart phone
kita diantaranya anda boleh rujuk di Fan Page VCharge ini.
*Cara untuk mengetahui bilangan V bateri tersebut ialah
dengan melihat di belakang bateri tersebut ada tertulis
samada 3.7V atau 5V atau sebaliknya. Tetapi kebanyakkan
bateri smart phone adalah 5V.
STEP 3 : Dengan 2 maklumat yang kita ada buat kiraan
seperti berikut terlebih dahulu
A * B * C / D
A = Kapasiti Bateri Power Bank
B = Bilangan Volt Power Bank
C = Peratus proses penukaran tenaga. Diandaikan peratus
ini ialah 70% berdasarkan kajian. Peratus ini dikira
berdasarkan proses pemindahan tenaga dari Power Bank ke
Smart Phone dimana diandaikan juga sebanyak 30% tenaga
akan terbuang atau tidak produktif disebabkan perkara-
perkara seperti jenis plug atau jenis aksesori yang
digunakan dan juga disebabkan suhu panas atau haba.
D = Bilangan Volt bateri smart phone kita.
Kiraannya adalah 12000 * 3.7V * 70% * 5V = 6216mAh
STEP 4 = Dengan Total kiraan diatas iaitu 6216mAh,
bandingkan pula kapasiti bateri smart phone kita tadi
sebagai contoh Samsung S III dengan kapasiti 2100mAh.
Dengan Total 6216mAh dibahagi dengan kapasiti bateri S III
2100mAh, bilangan Power Bank VCharge 12000mAh dapat
mengecas S III adalah sebanyak bilangan hampir 3 kali.
6216 / 2100 = 2.96 kali
STEP TAMAT
Latihan pula kat bawah ni...
Saya bagi latihan.. cuba kira berapa kali handphone anda
boleh digunakan atau di charge dengan Power Bank VCharge
12000mAh. Andaikan Volt bateri smart phone anda adalah 5
Volt.
*Bagi bateri handphone yang bukan kategori smart phone,
Volt bateri anda ialah 3.7V.

Wednesday, October 8, 2014

"Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut."

Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Sebelum kita boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem kami memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda. Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda, oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda. Selepas blog anda diserahhakkan kempen, anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations kami. Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut, anda boleh emel ahli Ad Ops kami untuk menarik diri daripada kempen tersebut.

Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara untuk anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang. Berikut adalah tips daripada kami:

  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
  5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Saturday, October 4, 2014