Thursday, November 20, 2014

Tip Marketing - Minimum 10 produk anda akan terjual dengan mudah.

Jika anda guna taktik ini.



Apakah cara berkesan supaya pelanggan membuat keputusan untuk membeli produk kita dengan cepat?

Salah seorang Internet marketer yang terkenal iaitu Frank Kern berkongsi teknik yang nampak tidak terlalu memaksa.

Beliau gelarkan ini sebagai "fast action bonuses."

===============================
Bagaimana taktik Fast Action Bonuses?
===============================

Secara ringkasnya, ini yang berlaku:

1) Pelanggan yang beli cepat, mereka akan dapat bonus tertentu.

2) Bonus ini akan dibuang secara berperingkat mengikut kuota atau jangka masa yang kita tetapkan. Sebagai contoh?

============
Contoh amalan.
============

10 Individu yang lakukan tempahan tudung XYZ, anda juga akan terima bonus ABC bernilai RM37.

Selepas 10 pembelian berlaku, tarik keluar bonus ini.

===================================================
Taktik ini jauh lebih baik berbanding membuatkan pelanggan takut.
===================================================

Frank Kern mencadangkan supaya menggunakan kuota pembelian sebagai indikator.

Ini bagi memudahkan kita untuk mencapai kuota pembelian minimum untuk pemberian bonus.

Teknik ini lebih cool dan segak berbanding scarcity.

Kita tidak mahu terlalu menakutkan orang ramai dengan tawaran harga terhad.

Sebaliknya, kita mahu pelanggan membeli kerana melihat nilai tambah yang kita berikan apabila mereka bertindak cepat.

========================================
Cara buat pelanggan TIDAK KISAH dengan harga?
========================================

Bagaimana buat pelanggan tidak endahkan tentang harga produk?

Walaupun produk atau servis kita harganya RM1,000+ ke atas?

Belajar teknik psikologi marketing yang diguna pakai lebih 10 tahun.

Terbukti dan digunakan oleh syarikat besar sehingga hari ini.

Sumber : Aqif Azizan




Wednesday, November 19, 2014

Tips Gadget - Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul

Sebut sahaja powerbank, pasti ramai yang tahu di era teknologi ini kan. Ada yang jenis silinder lah, petak lah, dan macam-macam lagi keluaran powerbank yang mambang jumpa di pasaran. Namun, adakah anda semua tahu Cara Penjagaan Powerbank dengan betul supaya tahan lebih lama ? Di sini, kami nak kongsikan beberapa tips penjagaan powerbank kepada anda.

Simpan Powerbank dalam Kereta !

Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda. Kekadang ada sahaja antara kita yang malas untuk membawa keluar powerbank berjalan-jalan bersama kita, maka ditinggalkannya di dalam kereta. Betul tak ? Hehehe

Menggunakan Car Charger Port yang Berkualiti

Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.




Tip Marketing - 3 Teknik menjual dan dapat 5 pelanggan (ATAU LEBIH).

Menjual adalah teknik bonus yang dapat membantu kita melariskan bisnes.

Menjual dan memperoleh 5 pelanggan pertama pula adalah skil luar biasa yang boleh kita pelajari.

Berikut adalah perkongsian seorang usahawan yang berjaya membina perniagaan bernilai jutaan dolar, berkaitan tip untuk dapatkan 5 pelanggan pertama.


============
3 Teknik menjual.
============

1) Teknik kegemarannya adalah: Telefon, teks (SMS) dan menggunakan aplikasi live chat seperti Skype, Facebook Messages dan sebagainya.

Ini membantu beliau untuk dapatkan 5 pelanggan pertama.

2) Beliau gunakan teknik 1 hari: Tawaran ini hanya sah dalam masa 1 hari sahaja.

3) Siapa yang tidak berminat untuk membeli, beliau akan bertanya kenapa.

Jawapan daripada pelanggan ini akan digunakan untuk menambah baik ayat jualan di masa akan datang, supaya dapat menjawab soalan bakal pelanggan dalam masa yang pantas.

PS: Semoga tip ini membantu. :D


Sumber : Aqif Azizan 


Tip Marketing - 30% Pelanggan Membeli Kerana Formula Marketing Ini.

Seth Godin yang dikenali sebagai
guru pemasaran menyatakan,

"Kemahiran marketing terletak pada kemahiran bercerita."


Dalam bahasa Mat Salleh, ia lebih sinonim dengan sebutan, "Storytelling." 




Kemahiran bercerita dengan baik dapat membantu pelanggan untuk:

1) Memahami fungsi produk kita.

2) Mempercayai kredibiliti bisnes kita.

3) Yakin untuk beli produk yang kita jual.

Laman web Quicksprout melakukan survey terhadap 119 pelanggannya.

Daripada 119 jumlah pelanggan, 37 daripadanya menyatakan bahawa mereka membeli kerana fungsi story telling.

Survey ini membawa maksud, lebih 30% pelanggan cenderung membeli sekiranya kita menggunakan kaedah pemasaran berasaskan story telling.

=============================
3 Formula Story Telling Yang Menjual.
=============================

Teknik story telling dalam pemasaran mempunyai pelbagai jenis mazhab.

Antara mazhab yang senang diikuti adalah berasaskan prinsip "6-Years-Old."

Jika kita boleh buatkan anak kecil berusia 6 tahun faham tentang fungsi
keseluruhan produk yang kita jual, maka ia dikira sebagai story telling yang sukses.

Ada 3 formulasi story telling berasaskan
prinsip "6-Years-Old."

==================
Formulasi #1 - Analogi.
==================

"Besar seperti ikan paus."

Analogi dapat mewujudkan bayangan.

Bayangan ini akan menguatkan lagi pemahaman seseorang.

=======================
Formulasi #2 - Darjat Bahasa.
=======================

"Jangan tulis glucosamine. Tulis suplemen pulihkan sakit lutut."

Bergantung pada sasaran pelanggan. Tidak semua pelanggan faham vokabulari saintifik,
dan vokabulari yang terlalu tinggi darjatnya.

=======================
Formulasi #3 - Mudah Hadam
=======================

"Tulis dengan bahasa penuh."

Jika menulis untuk story telling, maka tulis menggunakan bahasa penuh.

Kita mahu orang senang baca. Apabila pelanggan senang baca, maka mereka senang faham bagaimana produk yang kita jual dapat membantu mereka.

Sumber : Aqif Azizan

Friday, November 14, 2014

Tips Fotografi - Apakah sudut pandangan (Angle of view)?


Sudut pandangan adalah pandangan maksimum kamera yang mampu 'melihat' melalui lensa, dan dinyatakan dalam darjah.

Pilihan panjang fokus adalah jelas utama di sini, dengan kanta lagi mempunyai sudut yang sempit pandangan daripada kanta lebih pendek.

Sebagai contoh, kanta 200mm mempunyai sudut pandangan 12 darjah, manakala kanta 20mm menawarkan sudut yang lebih luas memandangkan 94 darjah pada kamera penuh bingkai.

Walau bagaimanapun, saiz sensor pengimejan dalam kamera juga memberi kesan kepada sudut pandangan.




Thursday, November 13, 2014

Tips Berniaga - Jangan gunakan Facebook untuk 'Hard Sale'


Orang menganggap Facebook sebagai ruangan keseronokan sosial di mana mereka berbual dengan rakan-rakan, lihat gambar dan video, dan berehat.
Anda perlu menyertai perbualan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat, dan bukannya sebagai 'orang luar' perniagaan yang cuba untuk menjual secara agresif.

Taktik 'Hard Sale' - seperti menggunakan slogan pengiklanan, menghantar berulang kali mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu, atau menyediakan senarai produk dan harga secara berasingan daripada mana-mana perbualan yang berkaitan - akan menyebabkan pengguna lain tidak mengikuti 'anda.


Bahkan, kemungkinan Mereka juga boleh menghantar komen-komen negatif tentang perniagaan anda.