Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.
MERISIK:
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•
|
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
|
•
|
Wang tanda (hantaran)
|
•
|
Baju sepasang atau kain
|
•
|
Buah-buahan
|
•
|
Kuih-muih
|
•
|
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
|
•
|
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
|
•
|
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
|
•
|
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
|
•
|
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
|
•
|
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
|
•
|
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
|
PADA HARI PERTUNANGAN:
•
|
Cincin berlian
|
•
|
Sirih junjung
|
•
|
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
|
•
|
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
|
MALAM BERINAI:
•
|
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
|
•
|
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
|
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
|
•
|
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
|
•
|
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
|
•
|
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
|
•
|
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
|
•
|
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
|
•
|
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
|
•
|
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
|
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
|
•
|
Membeli cincin kahwin.
|
•
|
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
|
•
|
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
|
•
|
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
|
•
|
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
|
•
|
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
|
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
|
•
|
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
|
•
|
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
|
•
|
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
|
•
|
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
|
•
|
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)
|
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Membeli barang kemas
|
•
|
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
|
•
|
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
|
•
|
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)
|
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
|
•
|
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
|
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
|
•
|
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
|
•
|
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
|
•
|
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
|
•
|
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
|
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
|
Bagi pengantin lelaki
•
|
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
|
•
|
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
|
•
|
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
|
•
|
Cincin / gelang tangan / rantai.
|
•
|
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
|
•
|
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
|
•
|
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
|
•
|
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
|
PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
|
•
|
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
|
•
|
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
|
•
|
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
|
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•
|
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
|