Monday, July 14, 2014

Pengalamanku sebagai jurugambar perkahwinan.

Bukan nak menunjuk tetapi sekadar kongsi pengalaman. Pengalaman pertama menjadi photographer perkahwinan memang agak menakutkan dan meletihkan otak dan badan.

Lagi-lagi ianya melibatkan majlis orang yang langsung tidak kita kenal siapa sedara mereka dan orang yang hadir ke majlis tersebut.

Darah gemuruh memangla memuncak waktu itu, dan makan pun sekadar ala kadar walaupun dihidangkan makanan yang sedap dan lazat.

Manakan tidak, sebelum ambil gambar pengantin,sudah macam nak ambil exam.. aku study la mcm2 buku photography.

malam sebelum majlis, aku dah study sikit sebanyak gaya(pose) yang perlu pengantin gayakan.

Sehinggalah pada waktu majlis,dalam kepala terfikir pelbagai pose yang nak diambil.

Tetapi sifu aku (seorang cikgu berkaliber disekolah) ada pesan jangan terlalu gairah ambil gambar cantik dari sudut susah dan pelik,

karang nanti terlupa pose biasa langsung xde gambar yang best.

Lagi plak aku pergi sorang2 (lone ranger).Kat sana nanti aku perlu fokus dan tidak kelam kabut.

Tetapi ... sebelum aku pergi shooting sorang2, aku ikut la sifu aku nie fotoshoot kt majlis tempat lain dlu,baru la memberanikan diri buat kerja sorang2.

Tak berani beb!!, lau tibe2 kena shooting kt majlis orang.Dah la majlis orang.pengantin plak dah dianggap macam raja oleh tetamu.

kita nie plak sebagai photographer suka2 dan senang2 je redah suruh pengantin buat gaya mcm2..silap gaya nampak mcm kurang ajar plak.

That why, reason kita perlu ada mentor, xboleh sebarang redah dalam bidang nie.lama2, bila dah ikut sifu aku ini, barula aku dapat belajar sikit selok belok bidang fotografi ini.

Lagi apa yang sifu aku nie ajar ialah cuba fokus kepada gambar2 selamat dulu iaitu gambar biasa2 atau simple sahaja tetapi berkualiti tinggi.

kemudian baru lah ke gambar yang pelik2 contohnya gambar kasut ke,gambar kerusi ke atau dari sudut yg pelik2..nanti bila dah gambar pelik2 diambil tak menjadi,sekurang2 nya dah ada gambar selamat.

Bermula dari suka-suka atau hobi menangkap gambar sehinggalah terfikir untuk berubah.

Persoalan bermain diminda.fuh...kenapala tidak aku jadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan?. (Persoalan ini sudah separuh tercapai setelah aku ikut sifu aku nie.he)

Dengan itu aku tubuhkan 10light photography.

Mungkin ramai yang tanya kenapa 10light?biar aku jawab disini juga.hehe.

Sebabnya simple sahaja,mak aku dah lahirkan 10 orang anak. Dan anak2 inilah yang memberi cahaya kepada ibu dan bapaku sedikit sebanyak.he..maka wujudlah 10light photography yang diasaskan oleh aku sendiri dan dibantu oleh isteri & adik2ku yang lain.

Kalau nak diikutkan, semasa sekolah lagi aku suka ambil gambar sampai la ke universiti..asyik pegang kamera je..xpun video recoder..itula bermula detik2 aku sebagai photographer.

Hopefully kerjaya ini dapat diteruskan oleh anak2ku nanti..amin

THE END.

No comments: