Monday, April 29, 2013

Iron Man 3


FILEM: Marvel’s Iron Man 3
ARAHAN: Shane Black

PELAKON: Robert Downey Jr, Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Ben Kingsley, Guy Pearce, Rebecca Hall, James Badge Dale dan Jon Favreau

GENRE: Cereka sains TAYANGAN: 25 April 2013


Walaupun filem kedua gagal, hero besi ini kembali untuk rendisi ketiga. Mengangkat kisah Tony Spark, jutawan kaki perempuan yang memakai suit besi merah emas untuk menyelamatkan dunia.

Selepas aksi terakhir dalam Iron Man lalu, Tony memera­ngi musuh di samping teman baiknya Lt Col James Rhodes atau dikenali sebagai War Machine.

Satu hari kediamannya dimusnahkan musuh dan Stark mula mencari dalang di sebalik serangan itu. Namun, dia hampir gagal dan segala kelengkapan canggih yang dimilikinya musnah.

Kini, Stark terpaksa bergantung pada gajet asal Iron Man dan nalurinya untuk melindu­ngi orang disayangi di sekelilingnya.

Kutipan: Belum Diketahui. (29Apr13)

No comments: